• Zheng Sue Erl
Cinta nih telah lain, Tuan
bukanlah perbuatan budak-budak
yang dahulu kita jalani separuh hati
kerana waktu telah mendewasakan kita
Cinta tak sesedap secangkir kopi
atau teh yang Tuan minum di Yakun Kaya Toast
tetapi cinta adalah pepahit serupa empedu
yang mesti Tuan cerna dengan gegula kemurnian
agar ia memanis
Sudahlah, Tuan
cinta bukan sepotong roti
yang renyah setiap rerasa
sudahkanlah cinta yang serupa kedai
dimana tiap orang berhak olehnya
MEDIA PARTNERS











